Mukmin : Kesilapan Itu Pengajaran.




Kita sebagai manusia merupakan makhluk terbaik yang dicipta oleh Allah di dunia ini. Allah subhanahu wataala telah mengakui perkara ini sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud:

“Sesungguhnya kami ciptakan manusia itu sebagai sebaik-baik kejadian” (at-tin : 6)

Buktinya,kita dikurniakan akal untuk berfikir serta membezakan di antara hak dan yang batil.Akan tetapi manusia seringkali terlupa , leka dan lalai dengan keindahan dunia yang sering mengaburi mata.Lantas kita terlalu mudah melakukan kesilapan.Ada kalanya kesilapan yang dilakukan memberi impak yang besar dalam hidup ,sehingga menyukarkan lagi keadaan.Adakalanya kesilapan yang kita lakukan itu merupakan kesilapan yang sama.Kita tahu,tapi kita tidak berhati-hati sehingga menyebabkan kesilapan itu diulang dan terus diulang.

Hakikatnya,perkara seperti ini tidak sewajarnya wujud dalam diri seorang islam apatah lagi seorang mukmin.Rasulullah salallahu alaihi wasallam sendiri telah menceritakan tentang salah satu perihal mukmin di dalam sabdanya.

“Seorang Mukmin itu tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali”

Hadis jelas menggambarkan bahawa orang-orang yang mempunyai iman yang mantap dan keyakinan yang tinggi kepada Allah subhanahu wataala tidak akan sewenang-wenangnya bertindak tanpa berfikir. Hal ini kerana,mereka akan sentiasa berhati-hati ,mengambil iktibar dari setiap perkara yang berlaku,seterusnya tidak akan mengulangi kesilapannya kerana dia tahu kesilapan itu akan memberi impak yang mampu merosakkan hidupnya.

Oleh itu,dalam usaha untuk memiliki iman yang mantap dan I’tiqad yang kukuh,ayuh!jangan kita ulangi lagi kesilapan lalu.Belajar dari kesilapan.Jadikan pengalaman sebagai pengajaran.Yang berlalu biarkan berlalu,yang mendatang tempuhi dengan cemerlang.Ingatlah,Orang yang beriman itu,tidak jatuh lama.Dan tidak akan rebah di tempat yang sama.wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment