Nescafe 3 in 1



Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Nama diterima ketika mula melihat dunia ialah Haura Shifa.Cantikkan nama saya ?Maksud dia pun cantik,bidadari penyembuh.Poyo pulak eh minah ni.gediks betul.Mesti korang ingat saya stok alim kan,anak ustaz ustazah yang belajar di Universiti Al-Azhar,sebab nama saya bukan main cantik maknanya,seperti yang memberikan nama itu orang yang sangat terror berbahasa arab.Namun,itu bukanlah hakikat yang sebenar.Mama saya seorang guru Bahasa Inggeris,Papa pula seorang peguam yang sangat sibuk,maklumlah,peguam hebat.Saya menetap di Ipoh,Perak.Dari tadika sehingga ke peringkat menengah saya belajar di Convent School.Kerana kata mama,saya perlu fasih berbahasa inggeris kerana bahasa ini bahasa global,bahasa yang hanya dituturkan oleh orang-orang hebat.Kata mama lagi,kolot jika tidak pandai berbahasa inggeris.Di rumah pula,hampir 80% perbualan kami dalam bahasa inggeris.Jika ingin berbahasa melayu pun,hanya dengan pembantu rumah dan sewaktu pulang ke kampung.Okay,setakat ini sahaja pengenalan tentang diri saya.

Saya rasa sangat bertuah apabila dapat melanjutkan pelajaran disini.Eh,disini tu dimana?Lupa nak cakap,saya merupakan seorang mahasiswi di University Of Wales,United Kingdom.After I got a flying colours in exam,selepas habis A-level,dengan biasiswa daripada kerajaan terus saya ke sini.Best.Tapi 'hujan batu di negeri sendiri,hujan emas di negeri orang,baiklah lagi di negeri sendiri'kan?betul ke peribahasa yang saya guna tu?Ah,tibai je lah.Mengapa saya katakan saya rasa
sangat bertuah belajar disini?

Pertamanya,kerana daripada ramai-ramai rakyat Malaysia,saya salah seorang yang terpilih untuk ditaja oleh kerajaan Malaysia untuk belajar disini.Kedua,this is the biggest reason I feel so lucky to be here,kerana disini,saya belajar untuk lebih faham agama.Disini saya mula kenal tarbiyyah,usrah dan dakwah.Alhamdulillah.Disini titik perubahan saya bermula. Jutaan terima kasih pada cik room-mate yang sangat saya sayangi kerana tidak pernah jemu ajak saya kenal agama.I owe her a lot.May Allah grant her jannnah.

Masa first time saya make a change,I ask Mrs Mama to wear a hijab.Mrs Mama memang terkejut tahap tak ingat lahh.Tapi mama diam je,tak kata apapun.Mr Papa pulak cakap 'Baguslah,doakan papa dan mama juga,supaya cepat sampai seru'.Masa tu,hanya papa dan mama serta sahabat-sahabat disini sahaja yang mengetahui tentang perubahan ini.Sahabat-sahabat memang sangat-sangat supportive. Mereka sangat gembira dengan perubahan diri ini.Malah, cik room-mate saya yang sangat baik itu turut bermurah hati menghadiahkan saya sehelai selendang.Cantik betul.Saya sayang sangat dengan selendang itu.Thanks awak!

Nak dijadikan cerita,ketika saya balik bercuti di Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri,my cousins and relatives,ziarah rumah saya,mereka apa lagi,terkejut tahap gaban melihat penampilan saya.


"Eh,along, kau belajar di UK ke Mesir ni?"


"Oh My God,apa kau pakai ni?kolot lah"


"Along confirm ke,kau tak terpengaruh dengan ajaran sesat kat sana?"

Yang membuatkan saya menitis air mata,ialah apabila adik saya, yang berumur 7 tahun berkata,


"Along,nanti a friend of mine is coming here,so I beg you,please
stay in the kitchen,Adik malu lah tengok along pakai macam ni,nanti diaorang tanya,apa adik nak jawab".


Sedih betul.Dan hari itu,seharian saya berkurung di dalam bilik,kerana saya tak sanggup lagi diejek,dan saya juga tak tahu macam mana nak adapt dengan situasi.Sehinggalah saya buka Surat Cinta dari Sang Pencipta, saya jumpa ayat ini,

"Dan janganlah kamu(merasa) lemah,dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi(darjatnya),jika kamu orang yang beriman" (3:139)


Saya teruskan lagi pembacaan saya,


"Apakah kamu mengira,kamu akan masuk syurga,padahal belum nyata bagi Allah,kamu orang-orang yang berjihad diantara kamu,dan belum nyata orang-orang yang sabar" (3:142)

Allahurobbi,kalam tuhan yang sangat menyenangkan.Sangat memujuk.Allah memang sangat memahami.Best lah.


                                                                           ***
                                                              

"Assalamualaikum cik Shifa , apa yang awak menungkan dari tadi tu?Nah,Nescafe 3 in 1,
dengan tambahan camca kasih sayang,hehe"
Teguran Shahirah,merangkap cik room-mate yang sangat baik hati,mematikan lamunanku.
Aroma Nescafe menusuk ke hidung.Bibir mengukir senyum.Hati berbisik,

Nak Masuk Syurga ,Tidak Semudah Buat Nescafe 3 in 1.
Syurga itu mahal , Ada Harga Yang Harus Dibayar.


T.T sekian , wallahua'lam.

1 comment:

  1. Assalamualaikum.. Tinggi dugaan awk kan.. Mcm mana pon pasti Allah da tahu kemampuan awk kerana kemampuan awk menghadapinya..bersbr la sygg~ Hope awk xberptus asa nak Surat Cinta dari Allah ye :)

    ReplyDelete