The Bonds Of Love




Usai subuh pagi itu ,
Perlahan tangan mencapai ,
Naskah Cinta dari Sang Pencipta ,
satu-persatu halaman bermukjizat itu
kubelek rambang ,
hati tergerak untuk berhenti di Surahtul Hasyr ,

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih,Maha Penyayang.

"Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Anshor) tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung"

Meneliti sirah,
Allahu Akbar ,
Alangkah besarnya cinta Golongan Ansar kepada Golongan Muhajirin,
Melebihkan sahabat daripada diri mereka sendiri,
Inilah itsar,
rukun tertinggi dalam ukhuwwah.
Dengan itsarlah Rasulullah membentuk
sahabat-sahabat baginda,
mereka rela berkorban demi melihat sahabat senang.
Disebabkan itsar,
mereka mampu bersatu,
memenangi satu demi satu peperangan,
dalam sejarah perjuangan.
Menakluk satu-persatu,
kuasa besar dunia pada saat itu,

***

Di medan Yarmouk,
seorang lelaki cedera parah,
dengan darah mengalir deras,
"Air,Air,Air"
lemah dia meminta.
lantas datang seseorang
menghulurkan air kepadanya,
baru  ingin menyuakan air ke mulut,
terdengar sahabat di sebelah merintih,
kesakitan dan kehausan,
"Berikan air ini kepadanya,kerana dia lebih memerlukan"
lalu air itu terus diberikan kepada sahabatnya itu,
sahabat itu hampir sahaja meminum air
apabila terdengar sahabat lain mengerang kesakitan,
"Berikan air ini kepadanya , dia lebih memerlukan"
Kisah ini berakhir dengan ketiga-tiga mereka,
meninggal dunia,
kerana mengutamakan sahabat.

***



Allah.
Para sahabat Rasulullah telah membuktikannya.
Giliran kita pula untuk merialisasikannya.
Bersahabat bermatlamatkan syurga.
Bagaimana itu ?
Prinsipnya mudah,
Jika sahabat kita ingin terjun ke neraka,
kitalah yang harus menariknya ke syurga.
Bererti,
jika sahabat kita memilih jalan-jalan
yang membawa kepada kemaksiatan,
maka kitalah yang harus menasihatinya,
menjemputnya ke pangkal jalan,
kadang payah,
kadang lemah,
namun itulah harga yang harus kita bayar,
demi matlamat bersama ke syurga.
jangan pernah putus asa,
kerana Allah tak pernah mungkir janji.
Ingatlah,
Persahabatan itu amanah,
Akan ditanya dengan apa kita penuhinya.
Wallahua'lam.


p/s : Buat sahabat yang aku cintai fillah , Moga Ukhuwwah ini sampai syurga !




No comments:

Post a Comment